Monday 12 August 2013

Check List Untuk Berprogram


~Serikandi Negara~

Salam dedikasi untuk adik-adik SCIPP!!!


Alhamdulillah, rasa bertuah dan beruntung sbb dapat berprogram bersama adik-adik yang dikategorikan sbg pelajar cemerlang. Umpama bermimpi di siang hari bila berdepan dengan adik-adik, berkongsi cerita dan rasa, serta bersama menempuh hari-hari yang begitu singkat. Saya katakan ini adalah mimpi kerana saya berdepan dengan adik-adik yang amat cemerlang dalam bidang akademik. Time Pak Salam berucap kat depan atau bg taklimat kat depan, ada ketika Pak Salam menggunakan perumpaan yang bagi saya susah untuk kita lengkapkan ayatnya. Namun, adik-adik telah membuatkan saya teruja apabila setiap kata Pak Salam, adik-adik dapat memahaminya dengan mudah, bahkan dapat pula menyambung perumpaan yang sengaja Pak Salam “gantung”. HEBAT!!!

                Namun, bagi saya, masa yang diberikan iaitu 2 hari 1 malam begitu singkat untuk adik-adik mengungkap pengertian sebenar “sukarelawan” dalam konteks ko-kurikulum. Adik-adik umpama permata yang belum digilap. Apabila digilap, Insya’Allah mampu menjadi insan yang lebih hebat yang mempunyai personaliti terbilang, akademik yang cemerlang.


                Pape pun, terima kasih diucapkan kpd adik-adik kerana telah berjaya melaksanakan kem tersebut. Salam penghargaan juga kerana adik-adik telah memberi peluang kpd kami untuk mendidik adik-adik walau hanya seketika. Ampun maaf dipinta andai terkasar bahasa, terlebih gurauan, terlanjur kata. SCIPP THE BEST!!!!

Monday 22 July 2013

Perihal Sir Faris

Setelah menamatkan pengajian peringkat asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, saya diberi peluang untuk mengisi masa lapang dengan menjadi guru ganti. Alhamdulillah, walaupun ramai yang mengatakan nak dapat guru ganti ni susah, tp rezeki saya untuk bersama  adik seagama dan sebangsa tetap ada. Saya mula berkhidmat sebagai guru ganti pada umur 19 tahun iaitu pada tahun 2009. Saya ditawarkan untuk mengajar fizik atau kimia di sekolah menengah, namun tawaran tersebut terpaksa saya tolak disebabkan saya memang kurengggg sikit bab sains ni. Nak minta ajar sejarah atau geografi, insya’Allah…

                Akhirnya, saya ditempatkan di SK Laloh, Kuala Krai, sebuah sekolah yang memberi terlalu banyak nostalgia dan inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dalam pembentukan dan pembinaan sahsiah kanak-kanak.  Di sini, sy ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Alasannya, pelajar UIAM hebat dalam BI. Herm??? Sy mengambil peluang tersebut walaupun sy sbnarnya x seberapa juga dalam BI ni. Tp sy meletakkan ketidakyakinan saya sebagai cabaran untuk sy melangkah satu langkah ke hadapan. Dalam mendidik adik-adik, dalam masa yang sama, sy belajar untuk memperbaiki BI sy.

                Pada mulanya agak janggal berada dalam bilik guru, dimana sebelum ini kita masuk ke bilik guru sebagai seorang pelajar, tetapi sekarang kita masuk ke bilik guru sebagai seorang guru. Nasib saya baik kerana guru-guru di sekolah tersebut amat positif. Saya ada teman-teman rapat sy di sekolah tersebut. Kami makan bersama, tidur bersama dan kekadang pulang ke rumah sama-sama. Teman-teman rapat saya ni bukan sebarangan teman, mereka adalah cikgu yg sudah beristeri dan mempunyai anak yang sebaya dengan saya. Mereka juga adalah cikgu yang berpengalaman. Cuma, yang sedihnya mereka terpaksa berpisah dengan keluarga kerana terpaksa mengajar nun jauh dari rumah mereka. Pasal teman-teman sy ni,susah saya nk ungkapkan rasa penghargaan sy terhadap mereka di atas segala sokongan, dorongan, semangat dan bantuan yg mereka berikan kepada sy. Mereka melayan sy sbg seorang rakan sekerja, dalam masa yang sama, membantu dan memberi semangat kpd sy umpama seorang anak dan bapa. Rasa nak menangis pun ada bila mengenangkan jasa mereka :’(. Terima kasih cikgu Zulakman (Pengkalan Chepa), Cikgu Yi (Chengal), dan Cikgu Soh (Bachok). Jasamu tetap sy abadi dalam memori sy.

                Hasil semangat yang diberikan oleh mereka, sy terus mengorak langkah, membina nama di sekolah tersebut dan dikenali dengan panggilan “SIR FARIS”. Pada mulanya, ramai yang menganggap saya ni cikgu berbangsa cina. Dengan rupa paras ala cina ni, dengan pertuturan bahasa mandarin yang sy pernah keluarkan dalam kelas, dan sy pernah menulis nama sy dengan menggunakan tulisan cina, jadi mereka percayalah yang saya ni cina. Nak jadikan cerita, atau sebenarnya penamat cerita terhadap ura-ura saya ni cikgu berbangsa cina, pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di sekolah tersebut, saya hanya memakai baju kemeja tanpa mengenakan baju melayu dan songkok ataupun kopiah. Jadi, bertambah keyakinan bagi mereka yang saya ni memang cikgu Cina. Namun, apabila dilaungkan selawat, saya turut selawat bersama, mereka agak terkesima. Bayangkan wajah adik-adik sekolah rendah yang cute ni agak teruja melihat sy melaungkan selawat bersama. J Jadi, mereka sudah keliru dengan status bangsa sy. Tp, setelah 2,3 hari selepas majlis tersebut, ramai sudah yakin yang saya ni cikgu Melayu. Pengajarannya, jangan mudah dengar cakap orang. Jangan cuba menjatuhkan hukum tanpa melihat dengan dua mata kasar kita dan mendengar dengan dua telinga kita sendiri. Hee…

                Saya ni ada tabiat daripada sekolah lagi, x boleh duduk diam dan x boleh xde kerja. Jadi, saya banyak juga menghabiskan ruang-ruang kosong untuk mengisi kelas yang xde cikgu. Atas tindakan x malu tersebut, hampir keseluruhan pelajar daripada darjah 1 hingga darjah enam mengenali sape Sir Faris. Sepatunya saya hanya mengajar kelas 1B, 3B, 4A dan 6C. Yang kelas 3B tu saya dilantik sbg guru kelas kerana katanya, saya menggantikan guru kelas tersebut. Pada mulanya agak terkejut. Tp terus sy jadikan bebanan ini sbg satu percubaan dan cabaran.

                Dalam banyak-banyak kelas tu, kelas 6C under control sikit daripada kelas-kelas lain. Tapi, kelas 4A pun OK sebab muridnya pintar-pintar. Yang kelas 1B dan 3B tu, herm… Xsabar jangan harap nak cuba jadi guru ganti. J


                Pengalaman saya sebagai guru ganti telah mengajar saya banyak perkara. Perkara pertama yang terus menjadi pengajaran untuk saya adalah hubungan jiwa antara cikgu dan anak murid. Hal ini pernah diberitahu oleh bekas cikgu Matematik moden sy, Cikgu Nik Hassan bahawasanya, hubungan jiwa antara anak didik dan guru adalah penting. Dengan adanya hubungan jiwa inilah, saya mampu membuat anak murid saya menangis menyesali perbuatan mereka tanpa sebarang sentuhan fizikal, hanya dengan menyentuh hati mereka. Masha’Allah!! Yang keduanya, anak didik kita melambangkan siapa kita di sekolah dahulu semasa kita bergelar anak didik. Jikalau kita ni menjaga hati guru kita, maka kita dapat rasakan kasih dan sayang anak murid kita terhadap kita. Dan jika sebaliknya, kita akan dapat rasakan satu tekanan dalam menjadi warga pendidik.



Cukup sekadar ini dahulu perihal saya sebagai “SIR FARIS”…  

Saturday 13 July 2013

Makwe CUN, Pakwe KO?

Fenomena perempuan cantik lagi pandai dalam akademik ber”kapel” dengan mamat biasa (yang kurang dari segi akademik mahupun rupa paras) sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan kini. Kenapa fenomena ini boleh berlaku? Mungkin ramai yang sering mempersoalkan kesesuaian dua insan yang dikatakan umpama langit dengan bumi. Namun, telah terbukti bahawa hal ini benar-benar berlaku dan banyak berlaku.

                Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah silap LELAKI YANG ADA RUPA dan PANDAI DALAM AKADEMIK. Mereka gagal memberi perhatian kpd wanita dan gagal menjaga hati wanita yang berkenan padanya. Mereka tidak meluangkan masa secukupnya kepada si gadis harapan ini sehingga si gadis itu merasa hampa dengan harapan yang dibina. Lelaki seperti ini banyak menghabiskan masa untuk menghafal formula-formula fizik atau kimia, dan banyak memikirkan masa hadapan. Sedangkan si gadis yang berkenan padanya terus memberi harapan.

                Sudah menjadi lumrah wanita, ingin diberi perhatian dan suka dipuji. Mereka juga cenderong untuk mendengar kata-kata manis daripada seseorang. Justeru, kegagalan lelaki idaman (yang punya rupa dan minda) tadi menjadi peluang kpd lelaki yang bersahaja (yang kurang pada rupa mahupun akademik) kerana si gadis yang kecewa td akan mencari tempat lain untuk menumpang kasih. Akhirnya, dengan masa dan ruang yang terlampau banyak (yang dimiliki oleh si lelaki bersahaja td, sebab dia x perlu fikir pasal formula kimia atau fizik, x pula perlu ingat pada fakta sejarah dan geografi, mungkin ada kelas pun x masuk) dapat dimanfaat untuk memberi sepenuh perhatian kpd si gadis idaman tadi. Dengan kata-kata pujangga dan sedikit drama romantic Hindustan, maka berjayalah si lelaki bersahaja tadi memikat dan mengikat hati si gadis idaman.


                Justeru, bukan salah si gadis memilih lelaki yang kurang pada rupa mahupun akademik, bukan juga salah si lelaki bersahaja kerana mengambil peluang, tetapi silap lelaki tampan lagi cerdik td. :) (Ambil teladan secara subjektif!)

Monday 24 June 2013

SILAT



S   : SENI
 I    : ILMU
        L   : LATIHAN
        A   : AMANAH
    T   : TEKUN



TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA;
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI;
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH;
PATAH SAYAP BERTONGKATKAN PARUH;
BERPANTANG AJAL SEBELUM MAUT.



UMPAMA RESMI PADI:
~SEMAKIN BERISI SEMAKIN TUNDUK~


Tuesday 18 June 2013

Filem GANAS v Dosa BESAR...

                Membunuh adalah haram. Menyakiti orang secara fizikal tidak kira menggunakan tangan kosong mahupun bersenjata adalah berdosa dan dosa tersebut dikategorikan dosa terhadap sesama manusia. Tidak akan terlepas dosa tersebut jika si pelaku tidak meminta maaf daripada si mangsa. Menghukum kesalahan manusia adalah hak Allah kerana kita adalah hamba-Nya. Namun, Allah telah pinjamkan sedikit kuasa kepada insan-insan terpilih seperti hakim dan majestrit untuk menjatuhkan hukuman terhadap manusia. Namun, 2/3 daripada mereka adalah ahli neraka. Ini adalah amanah!

                Begitu berat untuk menghukum seseorang. Jika tersalah menjatuhkan hukuman, maka nerakalah pintu masuk kita. Namun, dunia kini telah menunjukkan betapa manusia masih lagi tidak mengenal hukum. Ada antara mereka adalah pengamal agama. Mereka terlalu bermegah dengan kekuatan fizikal yang mereka ada. Mereka menyalahguna keberanian yang Allah tanamkan dalam jiwa mereka. Mereka terlalu yakin yang mereka adalah benar. Mereka tidak pernah berfikir panjang sebelum bertindak menghukum seseorang yang mereka rasakan salah (mungkin itu hanyalah sangkaan mereka). Bertindak memukul, menyakiti fizikal bahkan membunuh seseorang adalah mudah bagi mereka.



                Ini semua adalah pengaruh FILEM TEMPATAN mahupun FILEM LUAR NEGARA. Tidak salah untuk kita menghayati sesebuah filem yang dihasilkan walaupun terdapat aksi ganas dalam filem tersebut seperti aksi bergaduh. Namun, semua penghayatan ini perlu ditapis dengan melengkapkan minda kita untuk mencari sesuatu yang positif dan mengambil iktibar daripada perkara buruk yang berlaku. Contohnya filem LANGGAR! Filem ini adalah karya “kurang menjadi” daripada pengarah dan penerbit filem tempatan kita. Filem ini memaparkan  kisah seorang insan yang cuba untuk membalas dendam terhadap pembunuhan isterinya. Membalas dendam adalah suatu yang negatif kerana ia umpama barah yang akan  merosakkan seluruh sistem badan manusia. Selagi ada dendam, selagi itu kita tidak akan tenteram. Namun, dengan membalas dendam dengan cara yang salah membuatkan seseorang itu gagal memperolehi kedamaian atau ketenangan yang diimpikan. Umpama minum air yang manis. Sedap tapi tidak hilang dahaga. Kembali kepada filem Langgar. Filem ini memaparkan betapa aktornya tidak tenang dalam kehidupannya kerana ada dendam. Justeru, bukan aksi membunuh atau memukul yang kita perlu fokuskan atau diambil penelitian, namun pengajaran yang postif perlu diambil kira.


**INGAT!!!! Manusia adalah kita. Apa yang kita fikirkan tidak semestinya betul. Allah telah berikan kita jalan di dalam Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita ikuti. 

  "Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan". (Al-Baqarah:195)

Sunday 16 June 2013

FOKUS!!!


Fokus bermaksud kita menghargai momen-momen semasa dengan menghayati setiap langkah kita, menghayati apa yang kita dengar dan pandang, serta memenuhi sepenuhnya ruang masa kini. Apabila minda kita berjaya untuk fokus, maka kita mampu menghargai kehidupan ini dan merasakan kepuasan terhadap dunia ini. 

Contoh: Semasa makan! Kita fokus terhadap setiap kunyahan makanan tersebut dan rasa makanan tersebut melepasi tekak kita apabila ditelan, insya'allah, kita akan menghargai nikmat yang Allah berikan kepada kita iaitu nikmat kesedapan makanan tersebut. :)