Tuesday 18 June 2013

Filem GANAS v Dosa BESAR...

                Membunuh adalah haram. Menyakiti orang secara fizikal tidak kira menggunakan tangan kosong mahupun bersenjata adalah berdosa dan dosa tersebut dikategorikan dosa terhadap sesama manusia. Tidak akan terlepas dosa tersebut jika si pelaku tidak meminta maaf daripada si mangsa. Menghukum kesalahan manusia adalah hak Allah kerana kita adalah hamba-Nya. Namun, Allah telah pinjamkan sedikit kuasa kepada insan-insan terpilih seperti hakim dan majestrit untuk menjatuhkan hukuman terhadap manusia. Namun, 2/3 daripada mereka adalah ahli neraka. Ini adalah amanah!

                Begitu berat untuk menghukum seseorang. Jika tersalah menjatuhkan hukuman, maka nerakalah pintu masuk kita. Namun, dunia kini telah menunjukkan betapa manusia masih lagi tidak mengenal hukum. Ada antara mereka adalah pengamal agama. Mereka terlalu bermegah dengan kekuatan fizikal yang mereka ada. Mereka menyalahguna keberanian yang Allah tanamkan dalam jiwa mereka. Mereka terlalu yakin yang mereka adalah benar. Mereka tidak pernah berfikir panjang sebelum bertindak menghukum seseorang yang mereka rasakan salah (mungkin itu hanyalah sangkaan mereka). Bertindak memukul, menyakiti fizikal bahkan membunuh seseorang adalah mudah bagi mereka.



                Ini semua adalah pengaruh FILEM TEMPATAN mahupun FILEM LUAR NEGARA. Tidak salah untuk kita menghayati sesebuah filem yang dihasilkan walaupun terdapat aksi ganas dalam filem tersebut seperti aksi bergaduh. Namun, semua penghayatan ini perlu ditapis dengan melengkapkan minda kita untuk mencari sesuatu yang positif dan mengambil iktibar daripada perkara buruk yang berlaku. Contohnya filem LANGGAR! Filem ini adalah karya “kurang menjadi” daripada pengarah dan penerbit filem tempatan kita. Filem ini memaparkan  kisah seorang insan yang cuba untuk membalas dendam terhadap pembunuhan isterinya. Membalas dendam adalah suatu yang negatif kerana ia umpama barah yang akan  merosakkan seluruh sistem badan manusia. Selagi ada dendam, selagi itu kita tidak akan tenteram. Namun, dengan membalas dendam dengan cara yang salah membuatkan seseorang itu gagal memperolehi kedamaian atau ketenangan yang diimpikan. Umpama minum air yang manis. Sedap tapi tidak hilang dahaga. Kembali kepada filem Langgar. Filem ini memaparkan betapa aktornya tidak tenang dalam kehidupannya kerana ada dendam. Justeru, bukan aksi membunuh atau memukul yang kita perlu fokuskan atau diambil penelitian, namun pengajaran yang postif perlu diambil kira.


**INGAT!!!! Manusia adalah kita. Apa yang kita fikirkan tidak semestinya betul. Allah telah berikan kita jalan di dalam Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita ikuti. 

  "Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan". (Al-Baqarah:195)

4 comments:

  1. Assalamualaikum Sir.. sy dh follow blog sir.. sir follow blog saya jugak ye.? http://failshowcase.blogspot.com/

    -Nais Izzati ni

    ReplyDelete