Monday 24 June 2013

SILAT



S   : SENI
 I    : ILMU
        L   : LATIHAN
        A   : AMANAH
    T   : TEKUN



TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA;
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI;
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH;
PATAH SAYAP BERTONGKATKAN PARUH;
BERPANTANG AJAL SEBELUM MAUT.



UMPAMA RESMI PADI:
~SEMAKIN BERISI SEMAKIN TUNDUK~


Tuesday 18 June 2013

Filem GANAS v Dosa BESAR...

                Membunuh adalah haram. Menyakiti orang secara fizikal tidak kira menggunakan tangan kosong mahupun bersenjata adalah berdosa dan dosa tersebut dikategorikan dosa terhadap sesama manusia. Tidak akan terlepas dosa tersebut jika si pelaku tidak meminta maaf daripada si mangsa. Menghukum kesalahan manusia adalah hak Allah kerana kita adalah hamba-Nya. Namun, Allah telah pinjamkan sedikit kuasa kepada insan-insan terpilih seperti hakim dan majestrit untuk menjatuhkan hukuman terhadap manusia. Namun, 2/3 daripada mereka adalah ahli neraka. Ini adalah amanah!

                Begitu berat untuk menghukum seseorang. Jika tersalah menjatuhkan hukuman, maka nerakalah pintu masuk kita. Namun, dunia kini telah menunjukkan betapa manusia masih lagi tidak mengenal hukum. Ada antara mereka adalah pengamal agama. Mereka terlalu bermegah dengan kekuatan fizikal yang mereka ada. Mereka menyalahguna keberanian yang Allah tanamkan dalam jiwa mereka. Mereka terlalu yakin yang mereka adalah benar. Mereka tidak pernah berfikir panjang sebelum bertindak menghukum seseorang yang mereka rasakan salah (mungkin itu hanyalah sangkaan mereka). Bertindak memukul, menyakiti fizikal bahkan membunuh seseorang adalah mudah bagi mereka.



                Ini semua adalah pengaruh FILEM TEMPATAN mahupun FILEM LUAR NEGARA. Tidak salah untuk kita menghayati sesebuah filem yang dihasilkan walaupun terdapat aksi ganas dalam filem tersebut seperti aksi bergaduh. Namun, semua penghayatan ini perlu ditapis dengan melengkapkan minda kita untuk mencari sesuatu yang positif dan mengambil iktibar daripada perkara buruk yang berlaku. Contohnya filem LANGGAR! Filem ini adalah karya “kurang menjadi” daripada pengarah dan penerbit filem tempatan kita. Filem ini memaparkan  kisah seorang insan yang cuba untuk membalas dendam terhadap pembunuhan isterinya. Membalas dendam adalah suatu yang negatif kerana ia umpama barah yang akan  merosakkan seluruh sistem badan manusia. Selagi ada dendam, selagi itu kita tidak akan tenteram. Namun, dengan membalas dendam dengan cara yang salah membuatkan seseorang itu gagal memperolehi kedamaian atau ketenangan yang diimpikan. Umpama minum air yang manis. Sedap tapi tidak hilang dahaga. Kembali kepada filem Langgar. Filem ini memaparkan betapa aktornya tidak tenang dalam kehidupannya kerana ada dendam. Justeru, bukan aksi membunuh atau memukul yang kita perlu fokuskan atau diambil penelitian, namun pengajaran yang postif perlu diambil kira.


**INGAT!!!! Manusia adalah kita. Apa yang kita fikirkan tidak semestinya betul. Allah telah berikan kita jalan di dalam Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita ikuti. 

  "Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan". (Al-Baqarah:195)

Sunday 16 June 2013

FOKUS!!!


Fokus bermaksud kita menghargai momen-momen semasa dengan menghayati setiap langkah kita, menghayati apa yang kita dengar dan pandang, serta memenuhi sepenuhnya ruang masa kini. Apabila minda kita berjaya untuk fokus, maka kita mampu menghargai kehidupan ini dan merasakan kepuasan terhadap dunia ini. 

Contoh: Semasa makan! Kita fokus terhadap setiap kunyahan makanan tersebut dan rasa makanan tersebut melepasi tekak kita apabila ditelan, insya'allah, kita akan menghargai nikmat yang Allah berikan kepada kita iaitu nikmat kesedapan makanan tersebut. :)

WHO AM I?

Nama                   : Mohd Faris Bin Maimun
Tarikh Lahir       : 1 April 1990
Tempat Lahir     : Kuala Krai, Kelantan

Latar Belakang Pendidikan : - Tadika Perpaduan Guchil 3, Kuala Krai,
                                                   Kelantan. (1995)
                                             - SJK (C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kel. (1996-2002)
                                             - SMK Sultan Yahya Petra (1), Kuala Krai, Kel.
                                               (2003-2005)
                                             - Maktab Tentera Diraja, Sg. Besi, Kuala Lumpur. (2006)
                                             - SMK Kampong Chengal, Ketereh, Kota Bharu, Kel.
                                               (2006-2007)
                                             - Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
                                               Petaling Jaya, Selangor. (2008-2009)
                                             - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, KL.
                                               (2009-sekarang)

Pengalaman Bekerja        :  - Buruh, Kilang pemprosesan plastik kitar semula.
                                                (2005)
                                             - Penolong pengurus TPR Jaya Enterprise. (2007)
                                             - Guru di SK Laloh, Kuala Krai, Kel. (2009)
                                             - Guru di SK Chenulang, Kuala Krai, Kel. (2011)
                                             - Guru di SK Kuala Krai, Kuala Krai, Kel. (2012)
                                             - Praktikal Amali di Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala
                                                Krai,
                                               Kuala Krai, Kel. (2013)
                                             - Fasilitator dan jurulatih kursus/kem (Motivasi,
                                               kepimpinan, Jati diri, ko-kurikulum) 

Fahaman dalam kehidupan : Setiap manusia punyai AURA tersendiri!!!

Permulaan Cerita!!!

Dunia ini tidak adil!!!
Pernah anda mendengar keluhan seperti ini? Pasti pernah kan?
Kenapa dunia ini tidak adil?
Jawapannya : Kerana manusia ini unik! Allah telah ciptakan manusia dengan pelbagai perbezaan antara satu sama lain. Ada yang tinggi, ada yang rendah; ada yang kurus, ada yang "terlebih"; ada yang pandai, ada yang kurang. Ini semua keunikan manusia agar dapat memenuhi antara satu sama lain.
Justeru : Ini adalah peranan kita sbg manusia yang diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menstabilkan ketidakadilkan yang berlaku. Peranan ini perlu berlandaskan akal dan iman. Kita akan gagal jika sering menuding jari kepada orang lain di atas sbrg kekurangan sedangkan kita tidak memainkan sebarang peranan yang sepatutnya.

وإذ قال ربك  للملـئكة إنى جاعل فى الأرض خليفة
(Surah al-Baqarah: 30)
Ertinya: Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:”Sesungguhnya Aku hendak mencipta seorang kalifah di muka bumi”.


Bismillahhirrahmanirrahim!!!

Alhamdulillah, setelah mendengar nasihat dan pesanan daripada seorang guru (Cikgu Meriam Kadir), saya meringankan tangan untuk membuka semula/ mengadakan semula blog saya yang dulu dinamakan "farismaimun500.blogspot.com" dan kini saya namakan "farismaimun.blogspot.com". Nama Sir Faris adalah panggilan oleh anak murid saya kepada saya selama menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah. Insya'Allah, dengan meletakkan panggilan "Sir Faris", sekali gus membuktikan bahawa anak murid sir sentiasa di hati sir! :) Saya berharap agar ruangan ini menjadi ruangan terbaik terhadap perkongsian minda dan ilmu. Insya'Allah.