SIR FARIS MAIMUN
Monday, 12 August 2013
~Serikandi Negara~
Salam dedikasi untuk
adik-adik SCIPP!!!

Alhamdulillah, rasa bertuah
dan beruntung sbb dapat berprogram bersama adik-adik yang dikategorikan sbg
pelajar cemerlang. Umpama bermimpi di siang hari bila berdepan dengan
adik-adik, berkongsi cerita dan rasa, serta bersama menempuh hari-hari yang
begitu singkat. Saya katakan ini adalah mimpi kerana saya berdepan dengan
adik-adik yang amat cemerlang dalam bidang akademik. Time Pak Salam berucap kat
depan atau bg taklimat kat depan, ada ketika Pak Salam menggunakan perumpaan
yang bagi saya susah untuk kita lengkapkan ayatnya. Namun, adik-adik telah
membuatkan saya teruja apabila setiap kata Pak Salam, adik-adik dapat
memahaminya dengan mudah, bahkan dapat pula menyambung perumpaan yang sengaja
Pak Salam “gantung”. HEBAT!!!
Namun, bagi saya, masa yang diberikan iaitu 2 hari 1
malam begitu singkat untuk adik-adik mengungkap pengertian sebenar
“sukarelawan” dalam konteks ko-kurikulum. Adik-adik umpama permata yang belum
digilap. Apabila digilap, Insya’Allah mampu menjadi insan yang lebih hebat yang
mempunyai personaliti terbilang, akademik yang cemerlang.
Pape pun, terima kasih diucapkan kpd adik-adik kerana
telah berjaya melaksanakan kem tersebut. Salam penghargaan juga kerana
adik-adik telah memberi peluang kpd kami untuk mendidik adik-adik walau hanya
seketika. Ampun maaf dipinta andai terkasar bahasa, terlebih gurauan, terlanjur
kata. SCIPP THE BEST!!!!
Monday, 22 July 2013
Perihal Sir Faris
Setelah menamatkan pengajian peringkat asasi di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia, saya diberi peluang untuk mengisi masa lapang
dengan menjadi guru ganti. Alhamdulillah, walaupun ramai yang mengatakan nak
dapat guru ganti ni susah, tp rezeki saya untuk bersama adik seagama dan sebangsa tetap ada. Saya
mula berkhidmat sebagai guru ganti pada umur 19 tahun iaitu pada tahun 2009.
Saya ditawarkan untuk mengajar fizik atau kimia di sekolah menengah, namun
tawaran tersebut terpaksa saya tolak disebabkan saya memang kurengggg sikit bab
sains ni. Nak minta ajar sejarah atau geografi, insya’Allah…
Akhirnya,
saya ditempatkan di SK Laloh, Kuala Krai, sebuah sekolah yang memberi terlalu
banyak nostalgia dan inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dalam pembentukan
dan pembinaan sahsiah kanak-kanak. Di
sini, sy ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Alasannya,
pelajar UIAM hebat dalam BI. Herm??? Sy mengambil peluang tersebut walaupun sy
sbnarnya x seberapa juga dalam BI ni. Tp sy meletakkan ketidakyakinan saya
sebagai cabaran untuk sy melangkah satu langkah ke hadapan. Dalam mendidik
adik-adik, dalam masa yang sama, sy belajar untuk memperbaiki BI sy.
Pada
mulanya agak janggal berada dalam bilik guru, dimana sebelum ini kita masuk ke
bilik guru sebagai seorang pelajar, tetapi sekarang kita masuk ke bilik guru
sebagai seorang guru. Nasib saya baik kerana guru-guru di sekolah tersebut amat
positif. Saya ada teman-teman rapat sy di sekolah tersebut. Kami makan bersama,
tidur bersama dan kekadang pulang ke rumah sama-sama. Teman-teman rapat saya ni
bukan sebarangan teman, mereka adalah cikgu yg sudah beristeri dan mempunyai
anak yang sebaya dengan saya. Mereka juga adalah cikgu yang berpengalaman.
Cuma, yang sedihnya mereka terpaksa berpisah dengan keluarga kerana terpaksa
mengajar nun jauh dari rumah mereka. Pasal teman-teman sy ni,susah saya nk
ungkapkan rasa penghargaan sy terhadap mereka di atas segala sokongan,
dorongan, semangat dan bantuan yg mereka berikan kepada sy. Mereka melayan sy
sbg seorang rakan sekerja, dalam masa yang sama, membantu dan memberi semangat
kpd sy umpama seorang anak dan bapa. Rasa nak menangis pun ada bila
mengenangkan jasa mereka :’(. Terima kasih cikgu Zulakman (Pengkalan Chepa),
Cikgu Yi (Chengal), dan Cikgu Soh (Bachok). Jasamu tetap sy abadi dalam memori
sy.
Hasil
semangat yang diberikan oleh mereka, sy terus mengorak langkah, membina nama di
sekolah tersebut dan dikenali dengan panggilan “SIR FARIS”. Pada mulanya, ramai
yang menganggap saya ni cikgu berbangsa cina. Dengan rupa paras ala cina ni,
dengan pertuturan bahasa mandarin yang sy pernah keluarkan dalam kelas, dan sy
pernah menulis nama sy dengan menggunakan tulisan cina, jadi mereka percayalah
yang saya ni cina. Nak jadikan cerita, atau sebenarnya penamat cerita terhadap
ura-ura saya ni cikgu berbangsa cina, pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di
sekolah tersebut, saya hanya memakai baju kemeja tanpa mengenakan baju melayu
dan songkok ataupun kopiah. Jadi, bertambah keyakinan bagi mereka yang saya ni
memang cikgu Cina. Namun, apabila dilaungkan selawat, saya turut selawat
bersama, mereka agak terkesima. Bayangkan wajah adik-adik sekolah rendah yang
cute ni agak teruja melihat sy melaungkan selawat bersama. J Jadi, mereka sudah keliru
dengan status bangsa sy. Tp, setelah 2,3 hari selepas majlis tersebut, ramai
sudah yakin yang saya ni cikgu Melayu. Pengajarannya, jangan mudah dengar cakap
orang. Jangan cuba menjatuhkan hukum tanpa melihat dengan dua mata kasar kita
dan mendengar dengan dua telinga kita sendiri. Hee…
Saya ni
ada tabiat daripada sekolah lagi, x boleh duduk diam dan x boleh xde kerja.
Jadi, saya banyak juga menghabiskan ruang-ruang kosong untuk mengisi kelas yang
xde cikgu. Atas tindakan x malu tersebut, hampir keseluruhan pelajar daripada
darjah 1 hingga darjah enam mengenali sape Sir Faris. Sepatunya saya hanya
mengajar kelas 1B, 3B, 4A dan 6C. Yang kelas 3B tu saya dilantik sbg guru kelas
kerana katanya, saya menggantikan guru kelas tersebut. Pada mulanya agak
terkejut. Tp terus sy jadikan bebanan ini sbg satu percubaan dan cabaran.
Dalam
banyak-banyak kelas tu, kelas 6C under control sikit daripada kelas-kelas lain.
Tapi, kelas 4A pun OK sebab muridnya pintar-pintar. Yang kelas 1B dan 3B tu,
herm… Xsabar jangan harap nak cuba jadi guru ganti. J
Pengalaman
saya sebagai guru ganti telah mengajar saya banyak perkara. Perkara pertama
yang terus menjadi pengajaran untuk saya adalah hubungan jiwa antara cikgu dan
anak murid. Hal ini pernah diberitahu oleh bekas cikgu Matematik moden sy,
Cikgu Nik Hassan bahawasanya, hubungan jiwa antara anak didik dan guru adalah
penting. Dengan adanya hubungan jiwa inilah, saya mampu membuat anak murid saya
menangis menyesali perbuatan mereka tanpa sebarang sentuhan fizikal, hanya
dengan menyentuh hati mereka. Masha’Allah!! Yang keduanya, anak didik kita
melambangkan siapa kita di sekolah dahulu semasa kita bergelar anak didik.
Jikalau kita ni menjaga hati guru kita, maka kita dapat rasakan kasih dan sayang
anak murid kita terhadap kita. Dan jika sebaliknya, kita akan dapat rasakan
satu tekanan dalam menjadi warga pendidik.
Cukup sekadar ini dahulu perihal saya sebagai “SIR FARIS”…
Saturday, 13 July 2013
Makwe CUN, Pakwe KO?
Fenomena perempuan cantik lagi pandai dalam akademik ber”kapel”
dengan mamat biasa (yang kurang dari segi akademik mahupun rupa paras) sudah
menjadi perkara biasa dalam kehidupan kini. Kenapa fenomena ini boleh berlaku?
Mungkin ramai yang sering mempersoalkan kesesuaian dua insan yang dikatakan
umpama langit dengan bumi. Namun, telah terbukti bahawa hal ini benar-benar
berlaku dan banyak berlaku.
Antara faktor
yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah silap LELAKI YANG ADA RUPA dan
PANDAI DALAM AKADEMIK. Mereka gagal memberi perhatian kpd wanita dan gagal
menjaga hati wanita yang berkenan padanya. Mereka tidak meluangkan masa secukupnya
kepada si gadis harapan ini sehingga si gadis itu merasa hampa dengan harapan
yang dibina. Lelaki seperti ini banyak menghabiskan masa untuk menghafal
formula-formula fizik atau kimia, dan banyak memikirkan masa hadapan. Sedangkan
si gadis yang berkenan padanya terus memberi harapan.
Sudah
menjadi lumrah wanita, ingin diberi perhatian dan suka dipuji. Mereka juga
cenderong untuk mendengar kata-kata manis daripada seseorang. Justeru,
kegagalan lelaki idaman (yang punya rupa dan minda) tadi menjadi peluang kpd
lelaki yang bersahaja (yang kurang pada rupa mahupun akademik) kerana si gadis
yang kecewa td akan mencari tempat lain untuk menumpang kasih. Akhirnya, dengan
masa dan ruang yang terlampau banyak (yang dimiliki oleh si lelaki bersahaja
td, sebab dia x perlu fikir pasal formula kimia atau fizik, x pula perlu ingat
pada fakta sejarah dan geografi, mungkin ada kelas pun x masuk) dapat dimanfaat untuk memberi sepenuh
perhatian kpd si gadis idaman tadi. Dengan kata-kata pujangga dan sedikit drama
romantic Hindustan, maka berjayalah si lelaki bersahaja tadi memikat dan
mengikat hati si gadis idaman.
Justeru,
bukan salah si gadis memilih lelaki yang kurang pada rupa mahupun akademik,
bukan juga salah si lelaki bersahaja kerana mengambil peluang, tetapi silap lelaki tampan lagi cerdik td. :) (Ambil teladan secara subjektif!)
Monday, 24 June 2013
SILAT
S : SENI
I : ILMU
L : LATIHAN
A : AMANAH
T : TEKUN
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA;
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI;
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH;
PATAH SAYAP BERTONGKATKAN PARUH;
BERPANTANG AJAL SEBELUM MAUT.
UMPAMA RESMI PADI:
~SEMAKIN BERISI SEMAKIN TUNDUK~
Tuesday, 18 June 2013
Filem GANAS v Dosa BESAR...
Membunuh
adalah haram. Menyakiti orang secara fizikal tidak kira menggunakan tangan
kosong mahupun bersenjata adalah berdosa dan dosa tersebut dikategorikan dosa
terhadap sesama manusia. Tidak akan terlepas dosa tersebut jika si pelaku tidak
meminta maaf daripada si mangsa. Menghukum kesalahan manusia adalah hak Allah
kerana kita adalah hamba-Nya. Namun, Allah telah pinjamkan sedikit kuasa kepada
insan-insan terpilih seperti hakim dan majestrit untuk menjatuhkan hukuman terhadap
manusia. Namun, 2/3 daripada mereka adalah ahli neraka. Ini adalah amanah!
Begitu
berat untuk menghukum seseorang. Jika tersalah menjatuhkan hukuman, maka
nerakalah pintu masuk kita. Namun, dunia kini telah menunjukkan betapa manusia
masih lagi tidak mengenal hukum. Ada antara mereka adalah pengamal agama.
Mereka terlalu bermegah dengan kekuatan fizikal yang mereka ada. Mereka
menyalahguna keberanian yang Allah tanamkan dalam jiwa mereka. Mereka terlalu
yakin yang mereka adalah benar. Mereka tidak pernah berfikir panjang sebelum
bertindak menghukum seseorang yang mereka rasakan salah (mungkin itu hanyalah
sangkaan mereka). Bertindak memukul, menyakiti fizikal bahkan membunuh
seseorang adalah mudah bagi mereka.
Ini
semua adalah pengaruh FILEM TEMPATAN mahupun FILEM LUAR NEGARA. Tidak salah
untuk kita menghayati sesebuah filem yang dihasilkan walaupun terdapat aksi
ganas dalam filem tersebut seperti aksi bergaduh. Namun, semua penghayatan ini
perlu ditapis dengan melengkapkan minda kita untuk mencari sesuatu yang positif
dan mengambil iktibar daripada perkara buruk yang berlaku. Contohnya filem
LANGGAR! Filem ini adalah karya “kurang menjadi” daripada pengarah dan penerbit
filem tempatan kita. Filem ini memaparkan
kisah seorang insan yang cuba untuk membalas dendam terhadap pembunuhan
isterinya. Membalas dendam adalah suatu yang negatif kerana ia umpama barah
yang akan merosakkan seluruh sistem badan
manusia. Selagi ada dendam, selagi itu kita tidak akan tenteram. Namun, dengan
membalas dendam dengan cara yang salah membuatkan seseorang itu gagal
memperolehi kedamaian atau ketenangan yang diimpikan. Umpama minum air yang
manis. Sedap tapi tidak hilang dahaga. Kembali kepada filem Langgar. Filem ini
memaparkan betapa aktornya tidak tenang dalam kehidupannya kerana ada dendam.
Justeru, bukan aksi membunuh atau memukul yang kita perlu fokuskan atau diambil
penelitian, namun pengajaran yang postif perlu diambil kira.
**INGAT!!!! Manusia adalah kita. Apa yang kita fikirkan tidak
semestinya betul. Allah telah berikan kita jalan di dalam Al-Quran dan juga
Sunnah untuk kita ikuti.
"Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan". (Al-Baqarah:195)
Sunday, 16 June 2013
FOKUS!!!
Fokus
bermaksud kita menghargai momen-momen semasa dengan menghayati setiap langkah
kita, menghayati apa yang kita dengar dan pandang, serta memenuhi sepenuhnya
ruang masa kini. Apabila minda kita berjaya untuk fokus, maka kita mampu
menghargai kehidupan ini dan merasakan kepuasan terhadap dunia ini.
Contoh:
Semasa makan! Kita fokus terhadap setiap kunyahan makanan tersebut dan rasa
makanan tersebut melepasi tekak kita apabila ditelan, insya'allah, kita akan
menghargai nikmat yang Allah berikan kepada kita iaitu nikmat kesedapan makanan
tersebut. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)